Meruphoria...

Pronunciation :" Meruforia "

“Blog ini mengisahkan perihal dan perilaku tentang 8 ragam dari 8 budak awesome Meruphoria,

Mereka berikrar untuk sahabat selamanya!”

Tuesday 27 August 2013

dont easily judge...'

Assalamualaikum w.b.t... da lama xupdate blog ni.. da bersawang dh blog ni... ari ni tibe2 rasa nk buat entry baru... ramai phorians yg dah berjaya sekarang ni.. ada yg berjaya melanjut kn pelajaran ke peringkat degree.. ada yg bekerja di husm dan ppum... mmg rata2 semua nya dah bekerjaya skang ni.. aku? aku still dlm perjalanan untuk mencapai ke perigkat degree dan terus ke Master.. insyallah..

pernah kah antara kalian mengalami situasi yg mengecewakan? heart broken? depression? stress dgn kehidupan seharian anda? dan pernah kah anda berada di stituasi bila diri anda dipersalah kn tanpa sbb dan bukan salah anda?
 ada bukan? cuma yg membezakan ada lah punca masalah2 kita tu... kadang2 org2 di sekeliling kita selalu meragui kita... even kawan baik kita sndri..yg pernah mnjalani kehidupn harian sperti keluarga... mmg susah kita nk expect dan baca pikiran orang.. tp itulah lumrah dunia..  kdg2 kite ada terpikir apa salah kita yg buatkn mereka meragui kita dn benci kita? even kita xpernah bekira untuk mereka...yang selalu ada untuk menolong mereka...
Iya.. mmg betul manusia tidak akan lari dari kesilapan... tapi layak kah kita menghukum dan judge diri kita tanpa usul periksa atau dgr penjelasan mereka dahulu...  sbelum kita cuba menghukum dan judge adakah kita cermin diri kita dahulu ? sempurna kah hidup kita tanpa melakukan kesalahan pda org lain..

Di sini aku nk tekan kn pada  pembaca semua bahawa jangan lah kita mudah terpengaruh dan percaya bulat2 cakap dan fitnah orang lain tanpa bukti... mohon dgr lah penjelasan kedua2 pihak sebelum judge kawan anda sndiri.. kita tidak tahu cerita yg kita dgr tu ada tokok tambahnya.. surah An-Nur menceritakan yg bermksud:

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk atau aib sehingga memutuskan talian persaudaraan dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian). (19) Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Amat melimpah belas kasihanNya, (tentulah kamu akan ditimpa azab dengan serta-merta). (20) (An-Nur: 11 - 20)


'Sesungguhnya fitnah itu lebih kejam dari pembunuhan" (Al-Baqarah:217)


Dengan itu..aku harap entry ini ada pencerahan untuk korang... bayangkan jika ini yg berlaku pada diri anda sendiri.. anda yang selalu susah senang bersama mereka.. selalu ada ketika mereka susah.. xpernah bekira dalam apa jua untuk mereka tapi akhirnya mereka meragui anda dan mengutuk anda dari belakang. apa perasaan anda? bayang kan lah wahai saudara ku semua jika terjadi pada diri anda sndiri... anda hanya mampu tersenyum dan menahan sebak.. renung2kan lah..

sekian...


No comments: